Wednesday 27 June 2012

Program Gala Ko Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2012

Tarikh : 23 - 27 Jun 2012
Venue : Pusat Ko Kurikulum Bukit Mertajam , Pulau Pinang

       Pada 26 & 27 Jun , Kumpulan Boria Putera Wawasan telah diundang untuk mengadakan persembahan untuk 2 acara iaitu di Malam Gala Ko Kurikulum serta Majlis Rasmi Penutup oleh KPM. Semua acara telah berjalan dengan jayanya dengan mengambil aspek kesungguhan dan komitmen para peserta persembahan yang sanggup berpanas ketika raptai dijalakan pada 26 Jun hingga lewat petang. Malamnya diadakan malam kebudayaan Gala,...malangnya para VVIP tidak dapat menyertai untuk menyaksikan persembahan anak-anak pendidikan serta peserta program. Pada keesokkan harinya 27 Jun, acara rasmi sambuatan berjalan pada jam 10.00 dengan gemilang serta ribuan pengunjung. Tahniah semua Anak-Anak Wawasan serta Putera-Puteri Wawasan Malaysia kerana memberi persembahan yang terbaik untuk dibekalkan kepada para peserta segenap penjuru Malaysia sebagai santapan kebudayaan yang terdapat di Pulau Pinang.





Boria Putera Wawasan beraksi dengan permainan Boria lengkap dengan sketsa yang digarap dengan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran putera-putera wawasan kira-kira satu jam sebelum persembahan.... mengagumkan!!! ... ternyata putera-putera wawasan SMKPTJ mampu melakukan sesuatu walaupun dalam masa yang singkat dengan penuh kreatif dan bersahaja.... kami guru-guru pembimbing amat berbangga dengan bakat-bakat putera-putera wawasan SMKPTJ







Kumpulan Copacabana pimpinan En Idris Man turut menyerikan majlis termasuk pemain jemputan yang dipaksa rela untuk turut serta membuat persembahan. Nasib baik kena suruh main 'shaker" aja...



Tanggal 27 Jun 2012, Acara Perasmian Penutup oleh KPM berlansung dalam gilang gemilang.



Tarian dari Kumpulan SMK Mutiara Impian

Boria Putera Wawasan beraksi dan memukau mata penonton dengan persembahan yang bertenaga.





Persembahan SMK Machang Bubuk (Pendidkan Khas) yang menampilkan bakat muda penyanyi


Pancaragam statik SMS Tun Syed Syahabudin Bukit Mertajam

Tarian 'Satu Malaysia' dari pelajar SMK Bukit Jambul & SMK Batu Kawan


Sunday 17 June 2012

Lawatan Persembahan & English Camp ke Songkhla, Thailand. (Part 2)

Hari ke Dua (3hb Jun 2012)

Persembahan di Songkhla Sea Food Festival, Thailand


  



  

  






















Hari Ke Tiga (4 hb Jun 2012) - Lawatan ke Songkhla Aquarium & Samila Beach








Lokasi di Pantai Samila, Songkhla, Thailand