Tuesday 6 June 2017

Persembahan Gabungan Putera dan Puteri SMKPTJ di acara Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2017

Pada 26 Mei 2017 , boria gabungan putera dan puteri SMKPTJ membuat persembahan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertemakan pakaian "Merah/Hitam" berbagai persembahan diadakan buat tatapan warga SMKPTJ.








Persembahan Boria Muhibbah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017

Pada 25 hb Mei 2017 , Boria Putera Wawasan sekali diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk membuat persembahan bertemakan "Guru Penjana Negara Bangsa". Persembahan ini berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas. Oleh kerana pentas di dewan ini agak luas dan besar, sekali lagi Boria Muhibbah SMKPTJ muncul dengan gabungan dari puteri-puteri SMKPTJ untuk menyerikan lagi persembahan. Walaupun masa yang diberikan agak singkat, namun Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan senikata rangkap karangan yang bertemakan "Guru Penjana Negara Bangsa" oleh Pak Ngah Omara.







Thursday 18 May 2017

Khidmat Sosial Boria Putera Wawasan di PDK Aroma Kasih , Taman Wira ,Teluk Air Tawar, Butterworth.

Pada 16 Mei 2017, Kumpulan Boria Putera Wawasan telah membuat khidmat sosial sempena Kunjungan Tentera Udara Thailand dan Tentera Udara Malaysia (TUDM) ke Program Jiwa Murni di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (PDK) Aroma Kasih, Taman Wira, Teluk Air Tawar, Butterworth. 

Walaupun tempat yang disediakan agak terhad dan bukannya pentas, namun kumpulan boria ini menunjukkan permaianan boria dengan mantap dan profesional. Terima kasih PDK Aroma Kasih kerana memberi peluang Boria Putera Wawasan untuk turut serta dalam khidmat sosial ini.



Monday 15 May 2017

Persembahan Boria Putera Wawasan & Qasidah Sautul Najjah

Pada 11 Mei 2017 , SMKPTJ (Model Khas Pulau Pinang) menerima kunjungan lawatan penanda aras dari SMK Redang Panjang (Model Khas Perak), Batu Kurau, Perak. Rombongan lawatan ini telah disambut oleh barisan pentadbiran SMKPTJ dan barisan murid dan guru-guru model khas.

Rombongan ini telah disajikan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Sautul Najjah yang merupakan pemenang tempat ke 3 pertandingan Qasidah peringkat negeri Pulau Pinang dan juga kumpulan Boria Putera Wawasan bersama 4 orang sailor Boria Anak Wawasan yang membawa tema "Mai Penang":









Tuesday 9 May 2017

Boria Terbesar "MALAYSIA BOOK OF RECORDS"

- Tahun 2006 - 

Persembahan Boria Perpaduan Seramai 2020 orang pelajar Pulau Pinang JPNPP yang berjaya mencatat nama di "Malaysia Book Of Records“  diterajui oleh Kumpulan Boria SMKPTJ di Penang International Sports Arena (PISA@ SPICE ARENA) Pulau Pinang sempena Perhimpunan Patriotik  Peringkat Kebangsaan pada 22 Ogos 2006 dirasmikan oleh Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Menteri Pelajaran Malaysia) - penganjuran  Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Unit HEM)



- Tahun 2011 - 

Boria 1 Malaysia Seramai 2811 orang lapisan umur dan kumpulan boria serta penduduk Kampung Seronok, Bayan Lepas   Pulau Pinang sempena Festival Boria 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 30 April 2011 dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia ) - penganjuran Kementerian Perlancongan & Kebudayaan Malaysia dan JKKN Pulau Pinang.





- Tahun 2017 - 

Persembahan Boria Muhibbah  Seramai 4150 orang murid-murid sekolah rendah dan menengah  Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang berjaya mencatat nama di "Malaysia Book Of Records“  diterajui oleh Kumpulan Boria SMKPTJ di Stadium Bandaraya Pulau Pinang sempena majlis Perasmian Penutup Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2017 pada 23 April 2017 dirasmikan oleh Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pendidikan Malaysia diwakili oleh Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang  En Shaari bin Osman - penganjuran  Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Unit Sukan).







Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2017 dan Persembahan Boria Muhibbah Terbesar "MALAYSIA BOOK OF RECORDS"

Pada 23 April 2017 bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang tercatat peristiwa bersejarah bagi seluruh warga Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya iaitu tercatatnya PERSEMBAHAN BORIA TERBESAR dan mencatat seramai 4150 orang ahli boria dari murid-murid sekolah-sekolah rendah dan menengah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid yang diwakili oleh Tuan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang , En Shaari bin Osman. 

Majlis dimulakan pada jam 8.30 malam dengan ketibaan VVIP dan tetamu kehormat. Upacara Perarakan Lintas Hormat  Kontinjen dari 16 buah negeri yang bertanding dalam  MSSM 2017 dan upacara nyanyian lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita Pulau Pinang berkumandang. Selepas ucaptama , Upacara menaikkan bendera kejohanan serta lagu rasmi MSSM 2017 dinyanyikan oleh kumpulan koir dari SMK Bukit Jambul bertemakan "Bersama Gapai Impian" serta perasmian kejohanan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Selepas semua kontinjen bersurai keluar, lebih kurang  jam 10.00 malam berlangsunglah  persembahan Boria Muhibbah MSSM 2017 selama durasi 15 minit. Dimulakan dengan sketsa boria oleh pelajar SMKPTj yang terdiri dari saudara :

1. Mohd Aiman bin Shariff  
2. Mohd Nazri 
3. Umar Saifuddin bin Sharifuddin 
4. Muhammad Qayyum bin Fauzi 

mereka telah  berjaya mencuit hati penonton dan mendapat sorakan dan sokongan padu dari barisan ribuan sailor di belakang mereka  Setelah Kumpulan Sokongan terbesar sudah bersedia di belakang trek (di atas padang stadium), maka persembahan lagu Boria Muhibbah dimulakan.

Selepas persembahan Boria Muhibbah ini, maka diumumkan angka sebenar bilangan ahli Boria Muhibbah ini adalah seramai 4150 orang dan mencatat nama dalam "MALAYSIA BOOK OF RECORDS" sebagai Boria Terbesar. Majlis penyerahan Sijil "Malaysia Book Of Records " ini telah disempurnakan oleh Wakil dari pihak MALAYSIA BOOK OF RECORDS kepada Tuan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang En. Shaari bin Osman yang mewakili pihak Menteri Pendidikan Malaysia

LAGU DAN SUSUNAN MUZIK OLEH :

En. Murshidee bin Md Ramli

RANGKAP KARANGAN BORIA :

En. Omar M Hashim (OMARA)

KOREOGRAFI :

En. Zainal bin Hashim

SKETSA :

En Ahmad Firdaus bin Din

KUMPULAN PENERAJU UTAMA :

BORIA PUTERA WAWASAN

TUKANG KARANG :

Adik Mohd Nur Hakim bin Shamsuddin



















Raptai Penuh Boria Muhibbah MSSM 2017 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Pada 23 April 2017 jam 2.30 petang hingga jam 6.00 petang, Raptai Penuh keseluruhan Boria Muhibbah telah dijalankan dalam suasana cuaca yang amat baik. walaupun amat memenatkan dan memerlukan komitmen dan kesabaran untuk mengatur, menyelaras kemasukan dan kedudukan murid-murid dari lebih kurang 100 buah sekolah sekitar Pulau Pinang. Terima Kasih tak terhingga kepada guru-guru pengiring yang setia sabar mengiringi murid-murid dari sekolah masing-masing serta para ibubapa yang tak jemu menunggu persembahan dari anak-anak mereka.

Setakad jam 4.00 petang, jumlah angka ahli Boria Muhibbah sudah hampir ke angka 4000 orang murid dan ia belum lagi disahkan oleh pihak pengurusan "Malaysia Book Of Records". Raptai berjalan dengan lancar walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan namun komitmen dari murid-murid , guru-guru dan ibubapa mengatasi segalanya untuk menjayakan misi.Peserta Boria Muhibbah dibekalkan dengan aksesori tambahan iaitu kain bengkong merah serta bendera kecil Malaysia untuk digunakan dan dipakai semasa persembahan pada malam harinya ini.