Sepanjang bulan Mac hingga April, seramai 160 orang murid-murid yang terdiri dari Kumpulan Boria Putera Wawasan dan Ahli kelab Seni Budaya SMKPTJ telah menjalani latihan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis untuk persediaan menjayakan misi Boria Terbesar Boria Muhibbah MSSM 2017 di Stadium Bandaraya pada 23 April 2017 nanti.
Kumpulan murid -murid seramai 160 orang dari SMKPTJ ini merupakan jumlah terbesar murid yang mewakili sekolah-sekolah di Pulau Pinang dan bertindak sebagai KUMPULAN PENERAJU UTAMA Boria Muhibbah MSSM 2017. Murid-murid ini terdiri dari kumpulan murid dari sekolah rendah (Model Khas - Tahun 4, 5 dan 6 ) dan Kumpulan murid dari Mengah Rendah (Tingkatan 1 - 3 )dan Menengah Atas (Tingkatan 4 - 5)
Aktiviti yang dijalankan oleh: SMK Permatang Tok Jaya, Model Khas Pulau Pinang Sekolah Kluster Kecemerlangan, Jalan Pekan Darat, 13800 Sungai Dua, Butterworth. Bidang Kokurikulum : Kebudayaan
Tuesday, 9 May 2017
Video Demo Gerak Tari BORIA MUHIBBAH MSSM 2017 DI Youtube oleh KUMPULAN BORIA PUTERA WAWASAN
LAGU DAN SUSUNAN MUZIK OLEH :
En. Murshidee bin Md Ramli
RANGKAP KARANGAN BORIA :
En. Omar M Hashim (OMARA)
KOREOGRAFI :
En. Zainal bin Hashim
SKETSA :
En Ahmad Firdaus bin Din
KUMPULAN PENERAJU UTAMA :
BORIA PUTERA WAWASAN
TUKANG KARANG :
Adik Mohd Nur Hakim bin Shamsuddin
Bengkel Demo Gerak Tari Boria Muhibbah MSSM 2017 SJKC Shang Wu, Jalan Air Itam, Pulau Pinang
Pada 2 Mac 2017, bertempat di Dewan SJKC Shang Wu, Jalan Air Itam, Pulau Pinang berlangsung bengkel Gerak tari Boria Muhibbah MSSM 2017. Bengkel ini dianjurkan oleh Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pianang - dari Unit Sukan JPPP dan Unit KoKurikulum JPPP. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru dan Kumpulan Boria Wawasan SMKPTJ :
En. Murshidee bin Md Ramli selaku ketua jurulatih dan penyelaras
En Zainal bin Hashim - SMK Permatang Tok Jaya
En Ahmad Firdaus bin Din - SMK Permatang Tok Jaya
En Mohd Rizal bin Abul Rahim - SK Minden Heights
En Mohd Zaidi bin Abdullah - SMK Teluk Bahang
En. Syed Mohd Hazrin bin Syed Zainuddin - SMK (P) Methodist Pulau Pinang
Sebanyak lebih kurang 100 sekolah dengan diwakili oleh 5 orang murid sekolah dan 2 orang guru dimestikan untuk hadir dalam bengkel ini untuk diberi taklimat tentang rancangan pihak JPPP hasil dari inspirasi Tuan Pengarah Pendidikan JPPP, En Shaari bin Osman untuk mencatat rekod terbesar dalam "Malaysia Book Of Records" . Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan bengkel ini berjaya menghasilkan mentor -mentor di kalangan guru dan murid untuk disebarkan dan dilatih di sekolah masing-masing untuk bilangan murid yang lebih besar Matlamat asal bilangan ahli adalah melebihi 20% dari jumlah Boria terbesar yang pernah dicatatkan oleh kumpulan ahli sebelum ini.
Rentetan peristiwa catatan BORIA TERBESAR "MALAYSIA BOOK OF RECORDS"
TAHUN 2006 - BORIA PERPADUAN SERAMAI 2020 ORANG MURID -MURID SEKITAR PULAU PINANG sempena Majlis Perhimpunan Patriotik Peringkat Kebangsaan di PISA, Pulau Pinang.
TAHUN 2011 - BORIA 1 MALAYSIA SERAMAI 2811 ORANG terdiri dari berbagai lapisan umur dan masyarakat Kampung Seronok sempena Festival Boria 1 Malaysia di Kampung Seronok, Pulau Pinang
TAHUN 2017 - BORIA MUHIBBAH SERAMAI SASARAN SEKURANG-KURANGNYA 20% DARI SEBELUMNYA IAITU TIDAK KURANG DARI 3400 ORANG murid

Boria Putera Wawasan di Majlis Pelancaran Kejohanan Balapan Dan Padang MSSM ke 50 2017
Pada 7 Februari 2017, Kumpulan Boria Putera Wawasan telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk menjayakan dan mempromosi Kejohanan Balapan Dan Padang MSSM ke 50 2017 yang bertempat di Mydin Mall Jalan Baharu, Bukit Mertajam
Kumpulan Dikir Barat SMKPTJ di Pertandingan Dikir Barat Karnival Seni Pendidikan & Pencegahan Dadah Peringkat Daerah, SMK Desa Murni
Kumpulan Dikir Barat SMKPTJ telah berjaya menjadi Naib Johan di Pertandingan Dikir Barat
Karnival Seni Pendidikan & Pencegahan Dadah Peringkat Daerahdi SMK Desa Murni. Syabas anak-anak SMKPTJ
Karnival Seni Pendidikan & Pencegahan Dadah Peringkat Daerahdi SMK Desa Murni. Syabas anak-anak SMKPTJ
Boria Putera Wawasan di Perasmian Penutup Pesta Pantun Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2016
Pada 5 Mei 2016, Boria Putera Wawasan telah berjaya memikat hati penonton untuk persembahan yang memberansangkan sempena Persamian Penutup Pesta Pantun Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2016 di Politeknik Seberang Perai.
Boria Putera Wawasan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kuala Terengganu
Pada 7 Mei 2016 Kumpulan Boria Putera Wawasan telah membuat persembahan penutup dan Persembahan Selamat Datang Kejohanan Balapan Dan padang MSSM Tahun 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kuala Terengganu. Walaupun dugaan krisis air di Terengganu pada ketika itu, Alhamdulillah kumpulan ini berjaya membuat persembahan yang menghiburkan dan terima kasih daun keladi kepada pihak penganjur, Jabatan Pendidikan Terengganu kerana layanan dan kerjasama yang amat baik dan memuaskan semasa kami di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)