Tuesday 9 May 2017

Bengkel Demo Gerak Tari Boria Muhibbah MSSM 2017 SJKC Shang Wu, Jalan Air Itam, Pulau Pinang

Pada 2 Mac 2017, bertempat di Dewan SJKC Shang Wu, Jalan Air Itam, Pulau Pinang berlangsung bengkel Gerak tari Boria Muhibbah MSSM 2017. Bengkel ini dianjurkan oleh Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pianang - dari Unit Sukan JPPP dan Unit KoKurikulum JPPP. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya  oleh guru-guru dan Kumpulan Boria Wawasan SMKPTJ :

En. Murshidee bin Md Ramli selaku ketua jurulatih dan penyelaras
En Zainal bin Hashim - SMK Permatang Tok Jaya
En Ahmad Firdaus bin Din - SMK Permatang Tok Jaya
En Mohd Rizal bin Abul Rahim - SK Minden Heights
En Mohd Zaidi bin Abdullah - SMK Teluk Bahang
En. Syed Mohd Hazrin bin Syed Zainuddin - SMK (P) Methodist Pulau Pinang

Sebanyak lebih kurang 100 sekolah dengan diwakili oleh 5 orang murid sekolah dan 2 orang guru dimestikan untuk hadir dalam bengkel ini untuk diberi taklimat tentang rancangan pihak JPPP hasil dari inspirasi Tuan Pengarah Pendidikan JPPP, En Shaari bin Osman untuk mencatat rekod terbesar dalam "Malaysia Book Of Records" . Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan bengkel ini berjaya  menghasilkan mentor -mentor di kalangan guru dan murid untuk disebarkan dan dilatih di sekolah masing-masing untuk bilangan murid yang lebih besar Matlamat asal bilangan ahli adalah melebihi 20% dari jumlah Boria terbesar yang pernah dicatatkan oleh kumpulan ahli sebelum ini.

Rentetan peristiwa catatan BORIA TERBESAR "MALAYSIA BOOK OF RECORDS"

TAHUN 2006  - BORIA PERPADUAN SERAMAI 2020 ORANG MURID -MURID SEKITAR PULAU PINANG sempena Majlis Perhimpunan Patriotik  Peringkat Kebangsaan di PISA, Pulau Pinang.

TAHUN 2011 - BORIA 1 MALAYSIA SERAMAI 2811 ORANG terdiri dari berbagai lapisan umur dan masyarakat Kampung Seronok  sempena Festival Boria 1 Malaysia di Kampung Seronok, Pulau Pinang

TAHUN 2017 - BORIA MUHIBBAH SERAMAI SASARAN SEKURANG-KURANGNYA 20% DARI SEBELUMNYA IAITU TIDAK KURANG DARI 3400 ORANG murid









No comments:

Post a Comment