Tuesday 9 May 2017

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2017 dan Persembahan Boria Muhibbah Terbesar "MALAYSIA BOOK OF RECORDS"

Pada 23 April 2017 bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang tercatat peristiwa bersejarah bagi seluruh warga Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya iaitu tercatatnya PERSEMBAHAN BORIA TERBESAR dan mencatat seramai 4150 orang ahli boria dari murid-murid sekolah-sekolah rendah dan menengah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan & Padang MSSM 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid yang diwakili oleh Tuan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang , En Shaari bin Osman. 

Majlis dimulakan pada jam 8.30 malam dengan ketibaan VVIP dan tetamu kehormat. Upacara Perarakan Lintas Hormat  Kontinjen dari 16 buah negeri yang bertanding dalam  MSSM 2017 dan upacara nyanyian lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita Pulau Pinang berkumandang. Selepas ucaptama , Upacara menaikkan bendera kejohanan serta lagu rasmi MSSM 2017 dinyanyikan oleh kumpulan koir dari SMK Bukit Jambul bertemakan "Bersama Gapai Impian" serta perasmian kejohanan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

Selepas semua kontinjen bersurai keluar, lebih kurang  jam 10.00 malam berlangsunglah  persembahan Boria Muhibbah MSSM 2017 selama durasi 15 minit. Dimulakan dengan sketsa boria oleh pelajar SMKPTj yang terdiri dari saudara :

1. Mohd Aiman bin Shariff  
2. Mohd Nazri 
3. Umar Saifuddin bin Sharifuddin 
4. Muhammad Qayyum bin Fauzi 

mereka telah  berjaya mencuit hati penonton dan mendapat sorakan dan sokongan padu dari barisan ribuan sailor di belakang mereka  Setelah Kumpulan Sokongan terbesar sudah bersedia di belakang trek (di atas padang stadium), maka persembahan lagu Boria Muhibbah dimulakan.

Selepas persembahan Boria Muhibbah ini, maka diumumkan angka sebenar bilangan ahli Boria Muhibbah ini adalah seramai 4150 orang dan mencatat nama dalam "MALAYSIA BOOK OF RECORDS" sebagai Boria Terbesar. Majlis penyerahan Sijil "Malaysia Book Of Records " ini telah disempurnakan oleh Wakil dari pihak MALAYSIA BOOK OF RECORDS kepada Tuan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang En. Shaari bin Osman yang mewakili pihak Menteri Pendidikan Malaysia

LAGU DAN SUSUNAN MUZIK OLEH :

En. Murshidee bin Md Ramli

RANGKAP KARANGAN BORIA :

En. Omar M Hashim (OMARA)

KOREOGRAFI :

En. Zainal bin Hashim

SKETSA :

En Ahmad Firdaus bin Din

KUMPULAN PENERAJU UTAMA :

BORIA PUTERA WAWASAN

TUKANG KARANG :

Adik Mohd Nur Hakim bin Shamsuddin



















No comments:

Post a Comment