Sunday 17 June 2012

Gamelan Melayu

Sejarah Gamelan Melayu


        Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

        Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.







        Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

       Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd.

        Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Alat Muzik Gamelan Melayu

      Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan ‘ gamel ‘ iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Oleh itu, perkataan gamelan boleh diertikan beberapa alat muzik yang diketuk, dipukul atau ditabuh untuk mengeluarkan suara-suara muzik. Walau bagaimanapun dalam pengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik berbentuk gong dan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi.

       Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara. Orkes Gamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istana-istana Jogjakarta dan Surakarta.

Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alat membranofon juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka.

       Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain-pemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

      Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada bukti-bukti bertulis untuk menguatkannya.

1. Bonang


Dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama. Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras 'anhemitonic pentatonic'. Satu set Bonang terdiri daripada 10 biji gong kecil yang disusun mendatar dengan pencunya mengadap ke atas.

Sifat bunyi berprinsip kepada dengung secara dikotomi 'bonang' yang beroktaf rendah dikenalisebagai'wedok' (perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai 'lanang' (lelaki) mengikut bahasa Jawa.Bonang merupakan alat terpenting dalam essemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu).

Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir nod pertama diketuk sebelum rentak dan kedua selepas rentak.

A [ 6 5 3 2 1 ]

--------------------

B [ 1 2 3 5 6 ]

Bonang mempunyai 2 rancak, satu rancak adalah untuk bonang laras slendro yang berisi 12 pencon dan satu lagi adalah untuk laras pelog yang berisi 14 pencon. Slendro mempunyai 10 buah pencon yang setiap satunya berbeza nada yang diapung di dalam ruang rak segiempat di atas dan mempunyai 2 baris atas(nada tinggi) dan bawah (nada rendah). Ia dimainkan menggunakan 2 belah tanga, masing-masing memgang alat pemukul.

2. Gambang


      Gambang dikategorikan dalam alat zilofon dan biasanya diperbuat dari kayu. Gambang kayu biasanya mengandungi 20 nada suara yang diletakkan melintang di atas penyalun kotak kayu. Bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi. Ia dipalu dengan menggunakan dua alat pemukul yang berbentuk seperti piring kecil. Pemain gambang akan duduk di tengah-tengah bahagian hadapan gambang.

3. Kenong



      Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali tang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang.
      Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.Not pada alat kenong: 1 2 3 5 6 ----------------------

4. Saron


    Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slap-type' yang diperbuat daripada perunggu (keping-keping tembaga). Sarun dikategorikan sebagai alat muzik metallophones.

    Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu penyalun secara selari dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan.

       Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa. Sarun diketuk atau dipalu dengan menggunakan pemalu yang diperbuat daripada kayu .

i. Saron Demong













      Saron demong berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lasimnya dari jenis yang lembut. 




ii. Saron Penerus



      Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demong dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.

      Dari segi pemakaian alat, teknik 'perdam' digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak.Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.

 iii. Saron Pekin



        Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.

       Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

5. Gong


      Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik.

      Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Dalam Ensenbel Muzik Gamelan Melayu terdapat 2 buah gong digunakan iaitu gong Agung dan gong Suwukan Kedua-dua gong ini bertugas sebagai penanda waktu yang utama dalam sistem muzik joget Gamelan. Kedua-dua gong berukuran besar dalam gamelan ini adalah khusus kepada Asia Tenggara di mana gong-gong besar diperbuat daripada tembaga dengan dinding-dinding tebal dan bingkai yang dalam.

6.Gendang

       Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan dalam setiap persembahan gamelan.Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang. Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat lain. Gendang merupakan alat membraphone.

       Membraphone merupakan alat muzik yang terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan dengan cara tabuhan.. Oleh itu gendang merupakan alat tabuhan yang istimewa yang mempunyai sejarah pembuatan yan lama dan berkembang kepada variasi alat-alat tabuhan istimewa dan pelbagai.

      Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Ia dianggap alat yang paling sukar dimainkan, dan memerlukan kemahiran yang tinggi di dalam permainan lantaran tidak mudah untuk diberi notasi





No comments:

Post a Comment