Sunday 17 June 2012

Rakaman Boria Mutiara FM RTM Pulau Pinang

      Pada 3hb Mac 2012 yang lalu, kumpulan boria sekolah telah dijemput untuk menjayakan rakaman boria Mutiara FM bertempat di Auditorium P Ramlee, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Pulau Pinang. Radio Malaysia Mutiara FM atau dulunya dikenali dengan RTM Pulau Pinang telah mengadakan rakaman Boria ini dengan tujuan untuk memartabatkan kesenian yang terkenal di Pulau Mutiara. Sejumlah 36 murid terlibat dalam persembahan ini iaitu 17 orang murid daripada Kumpulan Anak Wawasan dan 19 daripada Putera Wawasan. Manakala rombongan penyokong pula seramai 42 orang murid .

Antara kumpulan boria yang terlibat dalam rakaman pertama ini ialah
1. Boria Anak Wawasan, Permatang Tok Jaya.
2. Boria Putera Wawasan, Permatang Tok Jaya.
3. Boria Gema Permata, Bandar Perda, Bukit Mertajam.
4. Boria Asli Nasional, P. Pinang

Guru Pengiring

1) En. Murshidee Md Ramli

2) En. Zainal bin Hashim

3) En. Ahmad Firdaus bin Din

4) En. Wan Mohd Kamil bin Mohd Yusoff

5) Pn. Che Jamilah bt Abdul

     Penggiat-penggiat dan ahli boria serta peminat seni warisan ini telah memenuhi Auditorium P. Ramlee untuk menyaksikan rakaman menarik lagi meriah ini yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan veteran. Masa rakaman berlangsung dari pukul 8.30 hingga 10.30 malam. Semua persembahan ini akan ke udara di Radio Malaysia Mutiara FM setiap dua minggu sekali.
       
    


        


         


       
             





        
 




No comments:

Post a Comment